Friday, November 13, 2009
Dah lama tak menulis kat blog ni...aku biarkan sepi tanpa sebarang berita atau tinta...kesibukan memaksa diriku untuk jauh meninggalkan kenangan yang terbungkam di hati ku...tapi apa pun...aku dah semakin jauh dari kenangan itu...tanpa dipaksa...life has to go on...biarlah dia dengan dunia barunya kerana aku juga sudah pasti dengan dunia baruku...
Dunia baruku yang penuh dengan teman-teman baru...teman-teman yang menjadi sumber suka dan duka hidupku ketika ini...Hidupku juga kala ini lain dari biasa...lebih panas dari biasa...haha...sampai bila akan berterusan begini...hanya tuhan yang tahu...aku mengharapkan kami semua akan sentiasa di dalam keadaan bersatu...tidak mengira perbezaan yang ada pada diri masing-masing...
Aku juga mengharapkan aku dapat memperkukuhkan, menstabilkan diriku dari semua aspek...kerana walau apa pun yang pernah berlaku...sama ada telah dilupakan atau masih terasa...aku tetap diriku...
xoxo...shima ipoh




