Thursday, December 15, 2011
Kalau satu hari awak menangis bagitau saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak...
Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagitau saya, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya...
Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, bagitau saya, saya tak janji nak halang awak tapi saya boleh teman awak...
Kalau satu hari awak perlukan sseseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji akan ada untuk awak...
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya dan saya tiada, mungkin kerana Allah lebih memerlukan saya :)
Is-Sofia: Kalau satu hari...'kalau' itu juga la yang menjadi penyedap kata...penyedap hati apatah lagi untuk hati sendiri....
Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur
Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita
Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah yg memilihmu untukku....
Aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu...
"Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu, tapi Allah yg telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu...
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu...
Tapi ALLAH yg telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu....
Itulah aku adanya....
Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri....Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturku dan menentukan bagaimanaku dan apa yang kurasakan di saat ini..."
Is-Sofia : Bersabarlah duhai hati mungkin ada sinar menanti
Tuesday, December 6, 2011
Saya tahu saya tak cantik, tapi saya sayangkan awak...Saya tahu saya 'nobody' tapi masih dan tetap saya sayangkan awak. Saya tak seperti dia yang jelas jadi pujaan diri awak, namun saya bersyukur kerana masih mempunyai hati yang ikhlas menyayangi. Saya tak pasti sejauh mana persahabatan ini akan pergi namun jelas saya akan cuba untuk bertahan dari sehari ke sehari...
Andai luahan hati ini dianggap 'jiwang' maka pergilah jauh rasa ini. Sejauh yang mungkin agar diri ini tidak terganggu dengan emosi, pergilah lagi jauh agar fikiran dapat berfungsi tanpa gangguan emosi. Ya Allah, andai ini dugaan yang kau ingin aku tempuhi, berikanlah aku kekuatan untuk berlari, berilah aku kekuatan untuk menerima segala kekurangan diri.
Is-Sofia : Terlalu sakit hati ini dalam menghadapi dugaan mu ini Ya Allah. Jelas aku masih mencuba...
Dah lama sangat tak menjengah blog peribadi kesayangan ku ini. Busy sangat dengan kerja tapi terdetik nak menulis lantaran hati yang tidak begitu tenteram. Di mana perginya, entah ke mana seperti Bayangan Ilham...
En. Soulz benar-benar menduga, dah cuba untuk menjauhkan diri namun tetap hati ini memaksa untuk bertahan. Hati tetap berkata 'sabarlah duhai hati, moga ada sinar disebaliknya' dan aku tewas juga.
Is-Sofia : Moga ada hikmah disebalik semua ini kerana jelas dan pasti aku akan tetap menanti dan terus menanti semoga terbuka pintu hati :)
;;
Subscribe to:
Comments (Atom)






