Wednesday, November 19, 2014


An apple a day keeps the doctor away... Should I say, a posting a day keeps the stress away... Buang je semua rasa dekat sini, tak sapapun yang tahu. Rasa marah, rasa sedih, insecure perhaps. Apa saja yang kita boleh rasa. 

How to stay positive in a negative environment. Suka atau tidak sudah pasti ianya seakan VIRUS yang memakan diri. How to stay focus bila semua keadaan tak memihak pada kita. Kata orang putih, ditelan mati mak, diluah mati bapa...eh betul ke pun peribahasa ni. Kalau diberi pilihan, aku juga tak mahu kekal di sini. Kenapa masih disini, tepuk dada tanya diri.

Semuanya mudah, semuanya bebas... semuanya ada privasi, tapi...privasi yang bagaimana??? Kebebasan yang bagaimana? Bukan untuk semua, cuma untuk bidadari dari langit, yang didepan lain perwatakannya, dibelakang pula hanya Allah yang tahu.

Saya suka bagi nasihat pada kawan-kawan, walaupun saya tak sehebat mana. Saya cuba tingkatkan positiviti antara kawan-kawan, kadang-kadang rasa macam pakar motivasi pun ada dan itulah diri saya. Sabar itu tetap indah. Biarlah apa yang orang buat, kita cuba hadap kerana kita perlu ingat, mereka juga ada adik perempuan, kakak, mak dan sebagainya. Apa perasaan kita andai diri kita atau mereka diperlakukan seperti yang kita lakukan...

Stay positive kawan-kawan :)


Monday, November 17, 2014


Learn to respect others... then only you can gain the respect. Tak bermaksud bila kamu di atas, bila kamu yang berkuasa, bila kamu yang dipanggil 'bos' kamu je yang betul. Human make mistakes and so do you!!!

Tak paham bila ada sikap memandang rendah pada orang bawahan, lagi tak paham bila kamu diatas hanya kerana berpuluh tahun dalam organisasi yang sama. Tak bermaksud yang di bawah ni, yang baru je dalam organisasi tak boleh pakai. Sebab tu makin lama makin orang meluat, tapi tetap tak mahu terima kenyataan. Masih nak 'in denial'!!!

ALLAH sentiasa ada untuk orang yang sabar. Buatlah semahu kamu, tindaslah sedaya kamu kerana aku yakin tiba tika dan masanya akan ada juga 'hadiah' buatmu. I believe in KARMA too! And yes, one more thing, cukup-cukuplah perangai menggatal sana sini, umur makin tinggi walaupun hakikatnya ketinggian kita ni tak setinggi mana...

Happy Monday alls...


Wednesday, November 12, 2014


Apa rasanya??? Agak excited sooner or later bila adik saya dah nak bertunang. Off course la mula dengan risik merisik but best of all for my adik la... It's a family arrangement lah. Saya la tukang beli bunga, I love flowers... Saya la tukang arrange bakul buah-buahan, coklat dan cincin 'tanda'. Rasa pelik pun ada sebab saya sendiri pun belum kahwin tapi in a way macam tahu banyak benda pula. Nampak sangat macam dah tua kan? Hahaha... It's all about numbers. Yang lebih penting saya tahu mana yang baik dan buruk buat diri sendiri.

Kalau nak ikutkan, setahun je lagi majlis perkahwinannya and so many things to do actually. Majlis pertunangan pun kalau nak diikutkan few months ahead. Excited nya sebab kenduri pertama dalam adik beradik kami. Walaupun bukan kenduri saya, tapi saya tetap happy untuk adik and family.



Moga dipermudahkan segala urusan, dipercepatkan jodoh mereka dan berbahagialah selamanya. In shaa Allah... Aamiin 


Tuesday, November 4, 2014


Assalamualaikum...

Dah lama rupanya blog ni tak bersentuh... hahaha... busy dengan kerja, busy with so many things I guess... almost reaching the end of the year, apa yang aku dapat this whole year, pengalaman, pengajaran, dugaan...

Cakap pasal dugaan ni, most of us... Rasa-rasanya la... masa dugaan menimpa, masa tu la baru nak sedar Allah sentiasa ada untuk kita. Masa tu juga la, sentiasa ingatkan diri dugaan Allah untuk hamba-hambanya takkan lebih dari apa yang mereka mampu.

Tapi pernah tak kita sedar, dugaan tu juga sebenarnya boleh jadi pencetus perubahan. Untuk kita merubah diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Tapi kenapa, in my opinion dugaan tu kadang-kadang merubah kita untuk jadi lebih teruk dari sebelumnya. Salah siapa?

2015 reaching... Masa berlalu dengan terlalu cepat sekarang ni. Tak macam dulu, setahun tu rasa lama sangat. Azam baru? Needed no more I guess, as long as kita ada azam sepanjang masa. Tak guna juga pasang azam untuk tahun berikutnya, tapi azam kadang-kadang tinggal azam. Atau cuma aku yang begitu.

Enough said for the day. Doaku, moga lebih baik segalanya hari ini, esok dan selamanya. In shaa Allah

;;