Wednesday, November 19, 2014


An apple a day keeps the doctor away... Should I say, a posting a day keeps the stress away... Buang je semua rasa dekat sini, tak sapapun yang tahu. Rasa marah, rasa sedih, insecure perhaps. Apa saja yang kita boleh rasa. 

How to stay positive in a negative environment. Suka atau tidak sudah pasti ianya seakan VIRUS yang memakan diri. How to stay focus bila semua keadaan tak memihak pada kita. Kata orang putih, ditelan mati mak, diluah mati bapa...eh betul ke pun peribahasa ni. Kalau diberi pilihan, aku juga tak mahu kekal di sini. Kenapa masih disini, tepuk dada tanya diri.

Semuanya mudah, semuanya bebas... semuanya ada privasi, tapi...privasi yang bagaimana??? Kebebasan yang bagaimana? Bukan untuk semua, cuma untuk bidadari dari langit, yang didepan lain perwatakannya, dibelakang pula hanya Allah yang tahu.

Saya suka bagi nasihat pada kawan-kawan, walaupun saya tak sehebat mana. Saya cuba tingkatkan positiviti antara kawan-kawan, kadang-kadang rasa macam pakar motivasi pun ada dan itulah diri saya. Sabar itu tetap indah. Biarlah apa yang orang buat, kita cuba hadap kerana kita perlu ingat, mereka juga ada adik perempuan, kakak, mak dan sebagainya. Apa perasaan kita andai diri kita atau mereka diperlakukan seperti yang kita lakukan...

Stay positive kawan-kawan :)


Monday, November 17, 2014


Learn to respect others... then only you can gain the respect. Tak bermaksud bila kamu di atas, bila kamu yang berkuasa, bila kamu yang dipanggil 'bos' kamu je yang betul. Human make mistakes and so do you!!!

Tak paham bila ada sikap memandang rendah pada orang bawahan, lagi tak paham bila kamu diatas hanya kerana berpuluh tahun dalam organisasi yang sama. Tak bermaksud yang di bawah ni, yang baru je dalam organisasi tak boleh pakai. Sebab tu makin lama makin orang meluat, tapi tetap tak mahu terima kenyataan. Masih nak 'in denial'!!!

ALLAH sentiasa ada untuk orang yang sabar. Buatlah semahu kamu, tindaslah sedaya kamu kerana aku yakin tiba tika dan masanya akan ada juga 'hadiah' buatmu. I believe in KARMA too! And yes, one more thing, cukup-cukuplah perangai menggatal sana sini, umur makin tinggi walaupun hakikatnya ketinggian kita ni tak setinggi mana...

Happy Monday alls...


Wednesday, November 12, 2014


Apa rasanya??? Agak excited sooner or later bila adik saya dah nak bertunang. Off course la mula dengan risik merisik but best of all for my adik la... It's a family arrangement lah. Saya la tukang beli bunga, I love flowers... Saya la tukang arrange bakul buah-buahan, coklat dan cincin 'tanda'. Rasa pelik pun ada sebab saya sendiri pun belum kahwin tapi in a way macam tahu banyak benda pula. Nampak sangat macam dah tua kan? Hahaha... It's all about numbers. Yang lebih penting saya tahu mana yang baik dan buruk buat diri sendiri.

Kalau nak ikutkan, setahun je lagi majlis perkahwinannya and so many things to do actually. Majlis pertunangan pun kalau nak diikutkan few months ahead. Excited nya sebab kenduri pertama dalam adik beradik kami. Walaupun bukan kenduri saya, tapi saya tetap happy untuk adik and family.



Moga dipermudahkan segala urusan, dipercepatkan jodoh mereka dan berbahagialah selamanya. In shaa Allah... Aamiin 


Tuesday, November 4, 2014


Assalamualaikum...

Dah lama rupanya blog ni tak bersentuh... hahaha... busy dengan kerja, busy with so many things I guess... almost reaching the end of the year, apa yang aku dapat this whole year, pengalaman, pengajaran, dugaan...

Cakap pasal dugaan ni, most of us... Rasa-rasanya la... masa dugaan menimpa, masa tu la baru nak sedar Allah sentiasa ada untuk kita. Masa tu juga la, sentiasa ingatkan diri dugaan Allah untuk hamba-hambanya takkan lebih dari apa yang mereka mampu.

Tapi pernah tak kita sedar, dugaan tu juga sebenarnya boleh jadi pencetus perubahan. Untuk kita merubah diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Tapi kenapa, in my opinion dugaan tu kadang-kadang merubah kita untuk jadi lebih teruk dari sebelumnya. Salah siapa?

2015 reaching... Masa berlalu dengan terlalu cepat sekarang ni. Tak macam dulu, setahun tu rasa lama sangat. Azam baru? Needed no more I guess, as long as kita ada azam sepanjang masa. Tak guna juga pasang azam untuk tahun berikutnya, tapi azam kadang-kadang tinggal azam. Atau cuma aku yang begitu.

Enough said for the day. Doaku, moga lebih baik segalanya hari ini, esok dan selamanya. In shaa Allah

Tuesday, January 29, 2013

Kad Merah??? ♥


Weekend kebiasaannya, kalau tak dipenuhi dengan program personal, kawan-kawan atau persatuan...Off course la aku habiskan memenuhi kehendak mak and ayah...apa lagi, kalau xbalik kampung, sure pergi melawat akak-akak di Sitiawan. Tak pun, kemana saja la, janji dipenuhi permintaan. So, what happened last     Sunday, melawat akak-akak dan anak sedara la.

1st stop. Singgah ke kedai Kak G...jeng jeng jeng, adik beradik boss melawat kedai la katakan...haha, boss la sangat...masuk dalam kedai, tengok apa yang patut sembang apa yang boleh sebelum bergerak ke 2nd pit stop...kater ku!!! So bila nak balik, sambung lagi sembang di luar kedai...lagi best, bila akak aku tanya soalan cepumas...haha...tapi, aku tak perasan kan soalan, sampai aku fahami betul-betul akhirnya...

Sis: Bila nak bagi kad merah?
Saya: Kad merah apa???
Sis: Kad kawin la (kuat tul pengaruh cina sis ni)...xkan nak lambat lg...
Saya: Mmg xde la...nak bagi kad cmne...(wakaka...nampak sgt la xpikir psl kawin lg...sampai sis tanya pun sy blh blur...Ampun sis!) ♥

2nd stop...ke rumah Kak Yu...huhu...dah besar2 semua anak sedara ku...apakah harus ditanya soalan cepumas lagi...yang pasti...aku sendiri dah tak tahu nak jawab apa, dah letih nak berharap dan letih nak merancang...Allah maha menentukan...mungkin yang terbaik buat aku dan Myrul tika dan saat ini... Harus terpisah  



Wednesday, January 16, 2013

Di mana akhirnya...






Semenjak dua menjak ni dah semakin jauh. Kat mana silapnya jelas aku sendiri tak tahu. Mungkin aku yang bersalah atau mungkin jua keadaan. Mungkin aku cuma tak mahu, akhirnya nanti kehilangan itu dirasa hanya setelah ada antara kita yang pergi meninggalkan rasa itu. Awak ingatkan?

Saya nak share satu cerita...andai ini yang terjadi nanti, tak perlu lagi awak cari saya...sebab saya tahu, saya sudah puas mencuba...


"Khilafnya saya. Saya abaikan awak. Saya buta untuk melihat ketulusan cinta awak. Saya lukai awak. Saya tipu awak. Saya sibuk layan orang lain. Sehinggakan awak menangis. Arghhh kejamnya saya. Saya tak pedulikan awak. Saya selalu buat salah. Saya buat tak endah. Saya tahu awak terluka tapi awak rela sedih asalkan saya bahagia.



Butanya hati saya sebab tak hargai awak. Saya selalu layan awak teruk sangat, tapi awak tetap sayang saya. Saya malukan awak, awak tetap sayang saya. Saya curang, awak diam je. Awak kata asalkan saya happy. Awak tetap sayang saya. 



Tiba-tiba awak mesej saya. (awak, saya akan pergi jauh, saya harap awak jaga diri, saya tetap sayang awak.) Since that, saya rasa sunyi. Mana awak pergi? Saya cari awak tau. Call berkali-kali awak tak angkat. SMS pun awak tak balas. Kosong hidup saya tanpa awak. Selalunya setiap pagi, setiap malam awak mesej saya. Saya rindu SMS awak, tapi...sekarang semua tu dah tak ada lagi.



Sejak hari tu, saya baru sedar. Awak dah pergi dari hidup saya untuk selama-lamanya. Awak kembalilah. Saya nak cakap yang saya sayangkan awak. Saya menyesal sebab sia-siakan awak....


Saya tak mahu jadi macam kisah itu... :)


Tuesday, January 8, 2013




Hurm...apa yang aku nak tulis ni ya? Niat di hati, nak aktif menulis semula...untuk kepuasan diri sendiri...cewah! kataku...tapi yang sebenarnya, it's just like my little black diary la...haha...despite, ramai sangat langau yang nak menjatuhkan aku, nak tak nak kena kuatkan semangat. Bukan untuk orang lain, tapi sudah pasti untuk aku sendiri.

Merata - rata penuh dengan politik, dah la kat Malaysia ni memang mostly like 24/7 asyik politik...paling best, dalam hidup aku pun...Politik saja all the time. Haha...politik kat tempat kerja la, apa lagi. Semua bajet bagus jer, tak sapa yang bagus melainkan yang bagus-bagus belaka. Eh...Is that mean, aku pun bagus sekali la macam tu kan?

2013...let's make it fabulous...konon nak travel more, nak explore more and the most important thing, enjoy life to the fullest berlandaskan apa yang baik dan jauhkan apa yang buruk. To live and eat healthily...Tapi, baru nak selangkah explore...TETIBA...cuti DIBEKUKAN!!! hadoi...bukan setakat cuti, dengan aku sekali BEKU macam ni...tapi, inhale seketika dan exhale...cuba berfikir secara waras...

Maksudnya!!! Cabaran yang pertama di 2013. Apapun, kena hadapi. Oh ya! just received an sms saying badminton on Thus...I am so excited and can't wait for it most important with geng badminton lah! love you guys besties...





;;