Saturday, August 16, 2008

Memories...

29 Oktober...

"Sayang...kehadiranmu dalam hidupku benar-benar memberi sinar baru, tiada lagi kedukaan dan kesedihan yang menimpa, hanya kasih sayang dan kerinduan yang sering melanda jiwa...Dikau ibarat bidadari dari syurga yang memiliki sekeping hati yang mulia...tapi, malangnya diri ini yang kau cinta, seorang insan yang tidak berguna, hanya dapat memberi cinta sementara...
Maafkanku sayang, kerana telah mengumpan cinta darimu...Akhirnya, masing-masing kelu dan bakal membisu...
Harapanku hanya satu, agar kita tak terputus hubungan walaupun hanya fantasi...
Maafkanku sayang...
Ku merinduimu...
Untuk itu, ku serahkan replika hati diriku, buat dirimu insan tersayang..."

Itulah kata-kata terakhir dari seorang insan yang amat bermakna dalam hidupku...kata-kata yang membuahkan perpisahan tanpa rela...perpisahan yang dipaksa demi menunaikan rasa tanggungjawab seorang anak kepada ibu, bapa dan keluarganya...

Terlalu indah untuk dikatakan, juga terlalu pahit untuk ditelan walaupun ia sudah hampir 2 tahun berlalu...masih segar di ingatan, segala kenangan yang tercipta, memori yang dilahirkan dari satu perhubungan yang tidak dijangka...

Sayang tidak semestinya memiliki...dengan ungkapan ini juga lah aku cuba untuk pasrah...redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan walaupun hakikatnya sayang itu masih ada...masih terpahat di jiwaku...Ku mohon agar dikuatkan semangat ku untuk menempuh hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran dan pergilah kenangan itu sejauh yang mampu di lubuk hati kerana aku benar-benar pasti cinta dan sayang tidak semestinya memiliki....

Kepada sesiapa saja yang mengalami situasi yang agak sama, kepada tuhan lah kita berdoa...kerana hanya dia yang layak untuk dicinta...Sesungguhnya, jangan sesekali kau tangisi kedukaan kerana ia hanya ujian...Sebaliknya bangkitlah dari kegagalan dan insyallah ia pasti membuahkan kejayaan...


0 comments: