Thursday, January 8, 2009

Kita dan azam tahun baru...


Sedar tak sedar dah 9 hari kita melangkah ke tahun 2009...Mesti ramai yang membuat azam tahun baru and tak kurang juga dengan azam tahun - tahun yang sebelumnya yang entahkan tercapai entah tidak..yang penting, setiap tahun baru pasti disusuli dengan semangat yang membara bagi merealisasikan azam yang telah dibuat..

Bagi aku sendiri, azam masih azam...sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat...yang pasti tiada siapa yang tahu dan biarlah rahsia...jika kita semua ingat, azam yang dibuat di permulaan suku pertama setiap tahun penuh dengan semangat yang membara...mendekati suku kedua setiap tahun, usaha berkurangan disebabkan oleh faktor - faktor tidak dapat dielakkan...menjelang suku tahun ketiga dan keempat, sudah pasti ada azam yang terkubur tanpa ada sebarang tindakan susulan dan semangat yang berterbangan...tapi...sedar atau tidak,azam tetap ada seperti tahun baru yang tetap menyusul pada waktunya...

Apa perlunya azam jika hanya sebagai pelengkap sekadar ikutan tatkala semua orang lain turut melafazkannya...haha...ada rakan - rakanku yang azamnya untuk bertemu jodoh pada 2009...mengakhiri zaman bujang dan malangkah ke alam berkeluarga...tak lupa juga azam untuk menguruskan badan, merubah paras rupa kepada yang lebih baik...hmmm....semuanya boleh dijadikan azam...sedar tidak sedar, kemana azam seseorang itu akan membawanya...

Pandanganku, apapun yang terjadi, seharusnya kita harus terus berjalan dan mencuba sehabis daya untuk merealisasikannya...kerana azam yang dapat direalisasikan membuktikan bahawa individu tersebut mencapai apa yang diazamkannya...dan bukan azam hanya tinggal sebagai azam...

Kepada semua, aku ucapkan semoga berjaya dengan azam yang telah dibuat, pada tahun ini mahupun pada tahun - tahun sebelumnya...


till then. xoxo, ipoh girl








0 comments: