Wednesday, December 22, 2010
Paling menghairankan aku...lepas baik dari sakit ni...tido tak berapa nak lena...tapi, lebih baik la dari masa sakit ari tu...then, aku rasa rindu ngan keje lama aku...ELS Language Centres...tempat yang banyak mengajar aku untuk fasih berbahasa Inggeris...aku mengaku, aku bangga dengan apa yang aku timba selama 3 tahun bekerja di sana...Aku juga bangga dengan Bahasa Inggeris aku selama 4 tahun belajar dan bekerja di sana...
It's a blessing in disguise...
Aku baru je nak sihat, ni dah ada masalah baru...masalah kawan aku ngan tunang die...haish...aku pun tak paham...tapi, apa yang aku harapkan, semoga semuanya baik2 ajer untuk dierang...selesaikan sengan cara baik...fikir dengan semasak-masaknyer...jangan ikutkan hati yang tengah marah...tak kemana nanti...
Tuesday, November 23, 2010
Boleh jadi ke pada aku...God knows...Pada aku, banyak yang boleh aku pelajari ketika ini...Persekitaran ku jelas menunjukkan cinta sesuatu yang tidak berbaloi untuk diperjuangkan...Untuk apa dan perlu apa bagi cinta...sia-sia...Just like the song... ~ Timeless ~
Lebih senang berada di sini...Lebih mudah untuk aku bekerja...Lebih selesa melakukan sebarang tugasan kerana yang ada cuma aku...Aku yang harus mengatur perjalanan kerjaku...Alhamdulillah...Semoga perjalanan ku di sini dipermudahkan...Untuk segala-galanya...Amin...
It is a nice song though...It's relaxing...soothing...
Monday, October 11, 2010
Pagi-pagi Isnin kalau boleh tak mau ada Monday Blues or what so ever...tapi yang menyakitkan hati bila ada kawan-kawan yang tak pandai nak jaga hati kawan lain...Tetibe nak moody, nak buat muka entah macam apa...Ingat, muka cantik sangat agaknya walaupun aku akui, aku bukan la cantik pun..Tapi tolonglah, jangan buat muka YANG ADO!!!
Aku jadi bengang bila tengok muka ko macam tu...Tolonglah, fikir baik dan buruk setiap perbuatan...tension-tension!!!
Kalau ikutkan hati, ada juga yang makan penampar dari aku ari ni...
I just love my mom...Nak cerita kat sapa lagi kalau tak kat dunia maya ni kan...Ima sayang mak!!! Tak dapat bayangkan kalau mak tak ada...memangla kadang-kadang melawan, tapi yang sebenarnya saya sayang mak saya...
Tak dapat nak bayangkan andai tiba saat itu nanti...So, sementara ada masa...Sayangilah mak kita kerana dia kita dapat lihat dunia ini!
Thursday, October 7, 2010
Pagi-pagi nak buat keje...mood keje pun macam xde, despite aku tak tau nak buat pe...nak update blog office, macam xde citer je kat Perak ni...tak sensasi di samping citer panas yang tak ada lngsung kebelakangan ni...Dengar-dengar lagu, came across lagu V.E Kerna Sayang...Haish...mengimbau kembali kenangan aku ngan Amirul Izham... "tidak mudah ku melupakan kerna sayang"...
Kawan-kawan office lagi best...bos xde...kul 10.30 dah kuar...gi bengkel la...tetibe nak gi stationary la...lawak x lawak...kalau ada boss...isk2...deiorang la yang banyak keje sampai macam nak tido kat office jer...
Wednesday, October 6, 2010
~ Kau Ada Dia ~
Personally, it's a good song...Melodious and yet simple! I'm loving it...
2 3 hari ni, perasaan aku tak menentu..tetibe saja perasaan ingin berteman menyapa diri...Tak cukupkah teman yang aku ada? Teman istimewa maksudku...Salahkah aku untuk berfikiran begini...Emosi yang terganggu aku kira, bukan salah siapa...Hati dan perasaan, tiada sapa yang dapat menidakkan...
Mungkin juga tekanan persekitaran membuatkan aku berfikir untuk berteman...Teman yang boleh ada untuk senang dan susah...Teman tika senang, berlambak kat Malaysia ni sekarang...Teman tika susah, sikit untuk dibandingkan...Walau apapun, aku bersyukur dengan teman yang aku ada dulu, kini dan selamanya...
Sampai bila aku akan begini...Sampai bila...Aku sendiri masih mencari jawapannya...
Thursday, August 5, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Sepikah hati tika ini? Sesepi pandanganku melihatkan mereka bergembira. Mungkin juga sepi hati ini lantas mengigatkan aku kembali kepada dunia nyata. Fantasi dunia telah lama ku tinggalkan agar aku sedar aku berpijak di bumi yang nyata dan aku gembira...
Gembirakah hati tika ini? Senyuman dan tawa menunjukkan ku gembira. Terlindung segala duka dengan senyum dan tawa. Terlindung dibalik yang tersurat dan tersirat.
Terlalu sukar untuk melupakan namun awak tetap saya ~lepaskan~. So saya harap saya juga ~dilepaskan~
Thursday, July 15, 2010
Tenangnya hariku...setenang fikiranku di kala ini...Yang aku fikirkan sekarang, cuti-cuti Malaysia dengan kengkawan Puteri. Reunion RPSian yang akan mempertemukan aku dengan kawan-kawan sekolah aku...Miss korang bangat!
Tapi sekarang ni tetibe dah tak tenang...Aku rimas dengar suara itu, aku muak dengar suara itu...Aku tak mau dengar suara-suara itu...tolonglah diam...tolonglaaaaaaaaaaaa...hurm...entah kenapa sekarang aku suka sangat dengan warna kelabu...aku suka dengan warna grey...kain baju pun aku tertarik dengan this 2 colors combination...
Tetibe mesra melebihkan apa entah...kejap-kejap bersuara, kejap-kejap bersuara...aku rimas la...hurm...aku diam la...nak tengok perangai apa pula yang nak kuar...
Wednesday, July 14, 2010
Huwarghhhhhhhhh...What? A monster...no...a devil...nah, more than that..It's d most evil witch ever...What more to say and why am I the only one who has to face it...I gotta think of something, if this was before I'll be ok with it...but now, it has changed...
No more good thoughts as what I have in my mind is extremely SICK of that EVIL! Sick of that person, sick of everything...What can i do, what should i do...I'm stucked up!!! So wanna be sick at that time so that i can only go for my reunion...I need that...
:(
Aku tak suka konsep ko sorang jer yang patut nampak cantik and orang lain biarlah tak cantik...So that macam 'highlight' tu cuma akan ada pada ko jer...Lawak pun ada aku dengar, tapi nak buat camner kan...Sebab yang pasti, aku sedar diri...Aku tak mau TAK SEDAR diri macam ko...
Aku perlu kuat semangat, tak kisah la aku kene caci ker...Kene kata kat belakang ker sebab yang pasti kalau aku sakit, aku yang tanggung. Kalau orang caci, aku yang sedih...Kalau orang kata, aku yang terasa...Terasa teruk sangat bila dibelakang orang kata aku ni macam-macam. Nobody perfect, so jangan la ko rasa macam ko tu perfect sangat...Ingat kata seorang lagi teman, kalau dia tu perfect, tak ada la jadi macam tu...Tergelak sendirian mendengarkan luahan seorang teman...
My quote for now and the future..."A small plate of rice a day throws the fat away"
Monday, July 12, 2010
Macam mana ni Ima, tekad dah tekad sangat, semalam masa sakit lupa ker apa yang ko dah janji dalam hati. Hari ni dah lain pulak, pagi sarapan nasi...Tengahari pun dah makan nasi...Sudah! Sudah, malam nanti jangan gatal-gatal nak sentuh nasi...Ingat cakap Jenny, go on f and g diet. Try it for 3 weeks and see the difference!!!
Aku cuba kenali diri, mampukah aku? Tapi aku perlu...Memang satu keinginan yang kuat untuk aku berubah. Mak pula pesan, cuba lah...Mesti lain rupa anak mak...Sian pun ada kat mak bila terlalu berkeinginan, mengalahkan keinginanku. Apa yang perlu aku buat? Aku perlu kuat...
Sampai bila aku nak jadi macam ni, tapi satu yang perlu aku "tanamkan dalam otak" bila dah berubah, JANGAN LUPA DIRI! JANGAN BANGGA DIRI! JANGAN RASA KO TU CANTIK!!! Sebabnyer, kalau ko rasa ko perfect, ada lagi yang perfect dari ko...Kalau ko rasa ko pandai, jangan lupa ada lagi yang pandai dari ko, kalau ko rasa ko cantik, ramai lagi yang cantik dari ko. Lebih baik menginsafi keadaan diri kerana hanya dengan itu KITA SEDAR DIRI...
~ Aku Akan BERUBAH ~
Friday, July 9, 2010
Betul kata mak, kalau dah baik jangan baik sangat, kalau benci pula jangan benci sangat. Ternyata apa yang mak katakan terbukti jelas. Kalau di depan, BAIKNYA hanya Allah yang tahu dan SEDIH serta MARAH bila dibelakang sebenarnya keadaan tidak sebegitu. Lemah kah aku, hinakah aku...Hanya kerana kamu MERASAKAN kamu terlalu hebat untuk hal-hal sebegitu. Ingatlah kawan, siapa kamu tanpa kawan-kawan dan tidak mustahil kawan yang kamu caci kini yang akan membantu kamu di masa hadapan, mungkin juga ketika kesusahan. Siapa tahu...
Pernahkah kamu terfikir andai kawan baikmu ketika ini, rupa-rupanya dibelakang kamu turut melakukan sedemikian rupa, seperti apa yang kamu lakukan padaku. Pernah kah kamu terfikir...Hanya satu pesanan ku...What goes around comes around, bukan berniat jahat tetapi cuba DIFIKIRKAN!
Wednesday, May 26, 2010
Hilangnya cintamu...buat insan yang bernama Amirul Izham...Sesungguhnya hilangnya cintamu menjadikan aku lebih tabah dalam menghadapi kehidupan yang sememangnya penuh dengan dugaan dan cabaran. Sejujurnya ia mematangkan aku untuk hidup tanpa cinta...
Friday, May 21, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasakan kini. Segalanya kembali bermain di fikiran ku. Teman-teman rapat yang semakin aku tinggalkan, bekas pensyarahku yang sentiasa memberikan ku semangat di dalam apa jua situasi turut ku pinggirkan. Berubahkah diriku, tatkala aku tenggelam di dalam kerjaya dunia politik.
Aku hilang di dalam diriku. Sungguh aku begitu merindui saat-saat bersama teman rapatku, bersama semua. Ku sedari aku bukan seperti diriku yang dulu. Aku berubah, berubahkah aku mengikut masa dan keadaan, seperti sang sesumpah yang berubah mengikut keadaan.
Sepi bertaut dalam diriku kini. Aku bukan lagi diriku yang dahulu. Aku bukan lagi dikelilingi insan-insan yang jujur dan ikhlas berkawan dengan ku. Aku kini dikelilingi mereka yang HIPOKRIT. Lebih kotor dari ahli-ahli politik itu sendiri. Itulah rakan-rakanku kini. Aku SEPI kembali...Sepi dan terus merindui saat-saat indah yang semakin jauh berlari...
Friday, February 19, 2010
Lagu yang sering aku dengar ketika ini...entah kenapa jiwa terusik dengan bait-bait puitis lirik ini...lirik yang mudah tetapi mudah mengusik jiwa ku tika dan saat ini...jelas aku terganggu tapi entah apa yang menganggu...segalanya mempengaruhi minda dan jiwaku masa ini...











