Thursday, August 5, 2010

~ Sarangku ~


Hurm. Sarangku dah jadi macam dulu balik. Penuh dengan semangat berpuak-puak. Mana datang perangai macam tu pun aku sendiri tak tau. Aha, terganggu kejap dengan status kawan di FB. Kenapa manusia ni cepat berubah, kalau mula-mula dulu baik, sekarang dah jadi kurang baik. Jawapannya memang ada pada diri kita sendiri. Kenapa kita berubah atau kenapa kita tak mau berubah...

Sampai bila aku sendiri pun tak tahu, keliru...Masih kecilkah aku? Teringat di zaman kecil, zaman persekolahan dan juga di zaman universiti. Sekejap nak kawan, sekejap tak mau. Sekejap suka, sekejap tak suka. Namun aku terfikir, apa yang membuatkan manusia fitrahnya sebegitu. Mungkin rasa ‘insecure’ yang menebal dalam diri. Rasa kekurangan diri yang tidak mahu diakui lantas bertindak untuk menguasai segalanya yang mampu di akal fikiran.

Merendah-rendahkan orang lain, apatah itu dianggap profesional. Meninggi-ninggikan diri, apatah itu dianggap berkuasa. Entahlah, aku sendiri memang bingung memikirkannya. Sedih pun ada melihatkan mereka yang begitu membangga diri. Lupakah kita tentang apa yang kita ada kini tidak menjanjikan segalanya. Benar menunduk diri kepada yang maha Esa itu wajib, tapi apa pula dengan tindakan buruk kita kepada orang lain. Adakah itu yang seharusnya dilakukan.

Jangan bicara tentang agama andai diri kita banyak kekurangannya. Tak payah cakap soal sembahyang kalau kat belakang perangai hang lagi teruk dari orang yang tak bersembahyang. Berpura-pura, mengapi-apikan, melaga-lagakan sesama insan. Cukup aku tak paham, Kalau nak diikutkan umur, bukannya makin muda, kita ni makin tua. Kematangan terus hilang dari diri, kebudak-budakan menguasai diri. Selalu orang cakap, CERMIN DIRI SENDIRI!!! Hebatkah anda?

Come on la, anda sendiri seharusnya  tahu menilai diri anda. Fikirkanlah...


0 comments: