Monday, January 17, 2011

Aku BENCI!!!


Aku semakin menghampiri kebencian terhadap orang POLITIK!!! Kenapa? Walaupun yang sebenarnya aku melibatkan diei, namun ada kalanya aku merasakan mereka bukan lah apa-apa... Setakat bercakap besar, meninggi diri..lebih baik dihentikan...tak ada gunanya, sebab yang pasti itu semua akan cuma menambahkan kebencian atsa apa yang telah dilakukan...

Yang paling aku pelik, tak pernah nak belajar dari kesilapan. Cubalah belajar dari kesilapan, setakat bercakap besar tanpa mampu bekerja atau berkhidmat untuk masyarakat, lebih baik dihentikan. Aku sendiri dah naik muak, nak muntah berbagai-bagai kaler bila melihatkan perangai masing-masing yang tek kena pada tempatnya...

Konon boleh menerima dengan terbuka apa saja kritikan atau pendapat, tapi sayang...Kritik la dengan sekuat hati, berilah pendapat dengan seikhlas mungkin, hanya pandangan penuh kebodohan yang akan kita dapat. Jangan lupa untuk berpijak di bumi nyata, aku bercakap bukan hanya memandang kepada satu parti sebaliknya secara menyeluruh...Amat sukar untuk mendapati orang politik yang benar-benar berjuang atas nama bangsa dan negara...

Buat ahli politik, yang mungkin sudah memasang angan-angan bertanding, menjadi ADUN dan juga MP...Kalau sekadar untuk tembolok sendiri, hentikanlah kerana yang pasti, anak muda remaja tika ini amat sukar untuk memberikan sokongan kepada anda...RAKYAT SENGSARA!!!

0 comments: