Tuesday, June 28, 2011



(sharing it too lepas da lama aku biarkan dia dalam draft). I'm back...19 May 2011...still kicking alive...masih bernyawa...alhamdulillah...syukur...dalam hampir 2 bulan tak menjengah diari blog ini berbagai kisah suka duka, pahit dan manis yang aku lalui...jelas semuanya mematangkan diri ini...

owh ya...kisah tak makan nasi tak menyentuh nasi masih lagi berterusan hingga kini...aku masih meneruskan perjuangan...apa yang lebih penting, aku masih kuat semangat dan masih ingin berusaha untuk melakukannya...untuk semua yang menyayangi diri aku...untuk aku...

Kisah pahit kawan makan kawan...ditipu kawan yang aku percaya...sungguh aku tak sangka namun itu semua lumrah dunia...kehidupan sehari-hari yang bukan sahaja aku tempuhi malah sudah pasti orang lain juga. Aku juga ditemukan dengan kawan-kawan baru, dalam dunia yang baru...dunia BBM...Thanks to Esan my little brother who brought me to the BB world

Is-Sofia: I"m Loving IT! Hugs and Kisses 

Friday, June 24, 2011


Sehari dua ni, ada saja yang tak kena especially to my Chillax family. Sedih pun ada tapi kami tetap juga happy pada masa yang sama. Eddy hilang 'playboy' aka Honda Civic yang di sayang. Tak habis kat situ, accident pula semalam sampai hari ni kene go for an operation. Saya doakan selamat semuanya dan Insyallah berjalan lancar. 

Tak habis cerita Eddy, Bard pun dengan masalah di tempat kerja. beberapa bulan kerja tanpa gaji. Inilah company Melayu, bukan sengaja nak kata Melayu tapi bila anak Melayu berkhidmat dengan anak Melayu sendiri pun turut di anak tirikan. Lupakah kita, kalau bukan Melayu tolong sesama Melayu, siapa lagi yang nak membantu. Ingat- Ingatlah, rezeki yang kita dapat tu tak elok dengan menindas orang lain. 

Saya pula demam dan tonsil. Sangat tidak selesa. Emosi pun tak menentu sejak kebelakangan ni dan saya masih mencari jawapan kenapa dan mengapa? Suka tengok kawan - kawan bahagia dan terfikir kadangkala bila agaknya untuk saya dapat bahagia. Suka tengok Cik Biru yang ada peminat setia, kekasih hati dan secret admirer dan saya tak ada semua itu la. :(

Is-Sofia: En. Soul aka En. Comei ada masalah dengan BB. Miss him so much tapi dia tak tahu and how I wish somehow I have what Cik Biru has...Hugs and kisses all 

Tuesday, June 21, 2011



Tenang di sini. Alhamdulillah, satu keputusan yang sukar namun akhirnya saya sedar itu yang telah Allah takdirkan untuk saya. Kurang politik, kurang suara dan tenteram dan aman dunia kerja saya. Jauh di sudut hati, kadangkala terfikir juga entah bagaimana kawan-kawan di atas sana. Tapi saya menjadi lebih gembira dan tidak seperti dulu yang lebih gemar menyembunyikan diri di 'cubicle' saya. 

Senang mengaturkan kerja, menyuarakan ketidak puasan hati saya dan memberi idea kerana jelas kehadiran saya diterima. Mungkin juga kerana tiada persaingan, bukan persaingan kerja secara sihat tapi lebih kepada persaingan gender. Pelik bukan tetapi itulah kenyataannya. Jangankan nak bercakap dengan orang lain, nak senyum pun kadang kala menjadi suatu kesalahan besar ya!

Menang besarkah dengan hanya melayan dan melemparkan senyuman pada orang-orang tertentu? Biarpun senyuman itu sadu sedekah, tapi biarlah ianya dilakukan dengan ikhlas dengan niat yang betul. Senyum itu sekadar satu yang sia-sia jika diiringi dengan hasrat hati yang kotor. 

Is-Sofia: Saya mungkin bukan seorang yang cantik untuk dilihat apatah lagi untuk ditenung, tapi saya senantiasa ikhlas dalam memberikan senyuman kerana saya sedar kita manusia hanya menumpang seketika di bumi tuhan dan bukan selamanya. Setiap manusia sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya dan jangan hanya kerana fizikal saya, saya diadili dan diperlakukan sedemikian rupa. 

~ Jodoh & Cinta ~




Jodoh? Definisi jodoh itu sebenarnya pada pendapat saya terpulang pada individu itu sendiri. Bercakap pasal jodoh, sudah pasti ada yang selalu mengatakan tak kisah walau bagaimanapun rupa, pangkat atau harta yang penting menyayangi. Ikhlaskah ketika berbicara soal jodoh? Jujurkah kita sebenarnya tika membicarakan ia?

Jatuh cinta? Agak klasik kedengarannya namun sungguh indah menjadi halwa telinga. Sudah pasti, bukan hanya saya sebaliknya sesiapa sahaja pasti dengan mudah tersenyum mendengarkan ungkapan 'cinta' dan 'jatuh cinta'. Sedar atau tidak, jodoh dan jatuh cinta kadangkala tidak seiring lebih sedih bila ada yang terpaksa namun jauh disudut hati saya merasakan ia tetap indah walaupun sekelumit cuma. 

Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Untuk segala-galanya apatah lagi perjalanan hidup kita, yang pasti telah termaktub dan terpateri dalam perjanjian dengan yang Maha Esa. Salahkah kita untuk jatuh cinta? Salahkah kita bertemu jodoh dengan insan yang salah di mata insan lain tapi 'mr. right' di mata kita?

Saya menyaksikan ada rakan-rakan yang jatuh cinta dan bertemu jodoh dengan rakan sekuliah, teman - teman rapat serta saudara mara rakan malahan tidak keterlaluan ada juga yang 'skandal' dengan rakan seperjuangan di bidang yang kami ceburi. Salah siapa? Bak kata orang- orang tua, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Seharusnya, kita cuba fikir di mana salah kita sebelum  menyalahi orang lain. 

Sebagai kawan, saya cuba menyelami isi hati rakan. Sentiasa saya dicari untuk melepaskan tekanan perasaan. Tapi saya bersyukur kerana ia banyak mengajar saya. Mengajar saya untuk berhati - hati dalam segalanya. Mengajar saya erti kesederhanaan dalam persahabatan juga sesuatu perhubungan kerana percaya atau tidak ia sedikit sebanyak akan menyakiti kita. 

Tapi andai mampu, jauhkanlah dari berkawan dengan suami orang wahai kawan, jauhkanlah berskandal dengan tunang orang wahai rakan kerana dalam kegembiraan kita tercalit kesedihan dihati seorang wanita lain.  Cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka... Sakit bukan? Begitulah keadaannya. Carilah yang sesuai dengan diri kita dan keadaaan bukan hanya matlamat kita menghalalkan cara. 

Is-Sofia: Biarlah...walaupun ayah berkata macam mana nak dapat jodoh kalau kita tak cari. Saya mencari sesuatu yang tidak pasti namun jauh disudut hati dialah di hati...Ada kawan saya nak bertunang juga tahun ni, Alhamdulillah...Happy for her too as they look sweet together like always.Hugs n kisses to all


Monday, June 20, 2011

~ Hatiku Milikmu ~



A nice song should I say. Agak menepati apa yang saya rasakan kini. Hadoi, dah makin berumur ni kuat lak jiwang nya. Jiwang ker? Mungkin perlu ada kadang - kadang. Teringat perihal seorang teman semalam, perihal dirinya dengan si kucen, superman dan cicakman. Saya mendoakan agar dirinya cepat bertemu Mr. Right yang diidamkan selama ini. 

Makin berkurangan la teman-teman seperjuangan yang 'single'...Should I say memang dah menuju kepada kepupusan. Mengimbau zaman persekolahan tatkala soal jodoh dibicarakan. Masing - masing menolak dan memberikan alasan. Tanpa memikirkan takdir itu Allah yang menentukan.

14 tahun meninggalkan alam persekolahan, kehidupan jelas mematangkan kami. Keluarga dan rakan - rakan bertukar ganti. Namun yang lama tetap di hati. 

Is-Sofia: Hatiku Milikmu khas untuk En. Soul dan Chillax Family...



~ Dunia BBM ku ~


Dunia BB yang serba baru. Tapi agak cepat untuk saya belajar dalam segala-galanya. Thanks to kawan-kawan yang senantiasa memberi tunjuk ajar dan tak lupa juga pada Esan aka adik saya yang membawa saya ke dunia BB. 

Weekend tanpa lappy amatlah membosankan. Saya tak boleh nak melawat 'my little black diary kesayangan' yang menjadi hobi kegemaran sejak akhir-akhir ini. Minat menulis dan merepek kembali. Minat membaca saya tinggalkan seketika. Mungkin bahan bacaan tika ini, tidak mampu menarik saya seperti penulis-penulis sebelumnya. 

Back to dunia BBM saya. Bersembang dengan abang kawasan dan juga adik kawasan should I say amatlah menyenangkan. Timbul akhirnya gelaran mak uda, pak Tam dan sebagainya. Bak satu keluarga lagaknya. Paling menghiburkan gelaran Along, Angah dan Achik. Thanks to Abang kawasan yang masih ada masa nak berbual dengan Angah dan Achik walaupun sedang sibuk dengan ' Mak Uda'. Sejujurnya, I'm happy for you dan saya doakan semoga berbahagia selamanya. Insyallah

Untuk Achik aka Nuyun. Akak turut doakan yang terbaik always. Insyallah akan ada seseorang yang akan menjaga dan menyayangi adik selamanya. Ewahhh...touching lak tetiba kan. Hoping that Along and Achik will stay the same always. 

Is-Sofia: Hugs and kisses for Achik and Along (sikit je la)...wakakaka

Friday, June 17, 2011

Jumaat Yang Ceria


Suatu yang menyenangkan untuk melihat segaris senyuman biarpun hanya di BB. Ya, saya tahu en. comei gembira dan saya juga turut gembira. Tapi, ada sedikit terkilan di hati untuk teman yang lain pula. Saya terkasar bahasa rasanya. Abang kawasan, maaf ya...emosi mengawal segalanya.

Bukan sengaja nak terkasar bahasa, dah minta maaf pun. Tapi deep inside my heart rasanyer Abang kawasan terasa. Sekali lagi, maafkan saya. Macam mana saya nak dimaafkan ya, walaupun Abang kawasan kata no heart feelings, tapi saya tak sedap hati pulak.

Enough meroyan dan merepek di hari Jumaat ni buat sementara waktu. Saya nak keluar dengan office mate pula. Till then...xoxo...

Is-sofia: En. Comei dan abang kawasan, take a good care of yourself ya...

Thursday, June 16, 2011


Masih lagi bercakap tentang beautiful soul. Hoping that he will be fine for his ENT check up and yet he has another appointment after this. Boleh tak saya cakap, saya nak jaga beautiful soul selagi saya mampu. Rasanya boleh jer kot sebabnyer...hanya saya, kawan-kawan yg terdekat dan tuhan yang tahu...

Macam mana keadaannya menyimpan perasaan pada seseorang yang kita rasa dekat dengan diri kita tapi hakikatnya terlalu jauh untuk kita capai. Terlalu sukar untuk diluahkan. Takut diluah, hilang segala-galanya. mampukah saya untuk menghadapi kehilangannya. Saya termenung sendiri, terdiam sejenak. Jelas kehilangan itu tak dapat saya hadapi.

Biarlah saya begini...terus menanti walaupun ia sebenarnya hanya sebuah mimpi yang tak mungkin jadi realiti. Andai kata beautiful soul aka en comei saya dah punya seseorang yang cantik bertakhta di hati...saya hanya mampu terdiam lagi dan mungkin menangis sendiri.

Teringat bicara dengan seorang teman tadi, mampukah kecantikan dalaman itu dilihat jika mata sedang asyik mencari kecantikan luaran. Jelas saya tiada kecantikan luaran namun saya percaya kecantikan dalaman yang saya ada tidak mampu dilihat oleh semua. 

Is-Sofia: Hoping that you will always be fine beautiful soul aka en comei...

Wednesday, June 15, 2011

~ Beautiful Soul ~



Tak semua yang tau, beautiful soul...kalau di'translate' kan off course la...tapi bagi saya...beautiful soul tu amat besar ertinya...hanya mereka yang rapat dengan saya yang paham beautiful soul ni...Thanks to Nuyun...it suits me so much with the terms...

Beautiful soul...tenang setenang-tenangnya bila diungkapkan...tapi entahlah...entah dia tahu entahkan tidak...tapi yang pasti...saya sayangkan beautiful soul...saya sukakan beautiful soul...tapi saya juga sedar...saya tak setanding beautiful soul...tak setaraf atau dengan erti kata lain tak padan langsung dengan beautiful soul...

Atas dasar itu...biarlah hanya saya dan kawan-kawan rapat saya yang tahu dan terus memahami kisah beautiful soul saya ini...Just for beautiful soul aka en. comei...I will always like n heart you...


Is-Sofia: Take a good care of yourself En. Soul

Thursday, June 9, 2011

Am I at fault when I fall for you? It has been like 5 years getting to know you and since then I have never stopped from hoping. Hoping that on one fine day you just realized that I like you. Sooner or later, you just got to know that I love you...


I just Like and Love You...

Sunday, June 5, 2011

Adakalanya...


Adakalanya...

Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA...

Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai
AIRMATA...

Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu, kerana dia yang menabahkan kamu...

Bersyukur pada orang yang tak MENGENDAHKAH kamu, kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu...

Bersyukur pada orang yang MENYEKSA kamu, kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu...

Aku bersyukur atas setiap perkara yang terjadi...aku juga bersyukur di atas dugaan yang menimpa, namun hati ini telah disakiti...




;;