Tuesday, June 21, 2011
Jodoh? Definisi jodoh itu sebenarnya pada pendapat saya terpulang pada individu itu sendiri. Bercakap pasal jodoh, sudah pasti ada yang selalu mengatakan tak kisah walau bagaimanapun rupa, pangkat atau harta yang penting menyayangi. Ikhlaskah ketika berbicara soal jodoh? Jujurkah kita sebenarnya tika membicarakan ia?
Jatuh cinta? Agak klasik kedengarannya namun sungguh indah menjadi halwa telinga. Sudah pasti, bukan hanya saya sebaliknya sesiapa sahaja pasti dengan mudah tersenyum mendengarkan ungkapan 'cinta' dan 'jatuh cinta'. Sedar atau tidak, jodoh dan jatuh cinta kadangkala tidak seiring lebih sedih bila ada yang terpaksa namun jauh disudut hati saya merasakan ia tetap indah walaupun sekelumit cuma.
Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Untuk segala-galanya apatah lagi perjalanan hidup kita, yang pasti telah termaktub dan terpateri dalam perjanjian dengan yang Maha Esa. Salahkah kita untuk jatuh cinta? Salahkah kita bertemu jodoh dengan insan yang salah di mata insan lain tapi 'mr. right' di mata kita?
Saya menyaksikan ada rakan-rakan yang jatuh cinta dan bertemu jodoh dengan rakan sekuliah, teman - teman rapat serta saudara mara rakan malahan tidak keterlaluan ada juga yang 'skandal' dengan rakan seperjuangan di bidang yang kami ceburi. Salah siapa? Bak kata orang- orang tua, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Seharusnya, kita cuba fikir di mana salah kita sebelum menyalahi orang lain.
Sebagai kawan, saya cuba menyelami isi hati rakan. Sentiasa saya dicari untuk melepaskan tekanan perasaan. Tapi saya bersyukur kerana ia banyak mengajar saya. Mengajar saya untuk berhati - hati dalam segalanya. Mengajar saya erti kesederhanaan dalam persahabatan juga sesuatu perhubungan kerana percaya atau tidak ia sedikit sebanyak akan menyakiti kita.
Tapi andai mampu, jauhkanlah dari berkawan dengan suami orang wahai kawan, jauhkanlah berskandal dengan tunang orang wahai rakan kerana dalam kegembiraan kita tercalit kesedihan dihati seorang wanita lain. Cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka... Sakit bukan? Begitulah keadaannya. Carilah yang sesuai dengan diri kita dan keadaaan bukan hanya matlamat kita menghalalkan cara.
Is-Sofia: Biarlah...walaupun ayah berkata macam mana nak dapat jodoh kalau kita tak cari. Saya mencari sesuatu yang tidak pasti namun jauh disudut hati dialah di hati...Ada kawan saya nak bertunang juga tahun ni, Alhamdulillah...Happy for her too as they look sweet together like always.Hugs n kisses to all
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment