Tuesday, June 21, 2011
Tenang di sini. Alhamdulillah, satu keputusan yang sukar namun akhirnya saya sedar itu yang telah Allah takdirkan untuk saya. Kurang politik, kurang suara dan tenteram dan aman dunia kerja saya. Jauh di sudut hati, kadangkala terfikir juga entah bagaimana kawan-kawan di atas sana. Tapi saya menjadi lebih gembira dan tidak seperti dulu yang lebih gemar menyembunyikan diri di 'cubicle' saya.
Senang mengaturkan kerja, menyuarakan ketidak puasan hati saya dan memberi idea kerana jelas kehadiran saya diterima. Mungkin juga kerana tiada persaingan, bukan persaingan kerja secara sihat tapi lebih kepada persaingan gender. Pelik bukan tetapi itulah kenyataannya. Jangankan nak bercakap dengan orang lain, nak senyum pun kadang kala menjadi suatu kesalahan besar ya!
Menang besarkah dengan hanya melayan dan melemparkan senyuman pada orang-orang tertentu? Biarpun senyuman itu sadu sedekah, tapi biarlah ianya dilakukan dengan ikhlas dengan niat yang betul. Senyum itu sekadar satu yang sia-sia jika diiringi dengan hasrat hati yang kotor.
Is-Sofia: Saya mungkin bukan seorang yang cantik untuk dilihat apatah lagi untuk ditenung, tapi saya senantiasa ikhlas dalam memberikan senyuman kerana saya sedar kita manusia hanya menumpang seketika di bumi tuhan dan bukan selamanya. Setiap manusia sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya dan jangan hanya kerana fizikal saya, saya diadili dan diperlakukan sedemikian rupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment