Thursday, December 15, 2011
Is-Sofia: Kalau satu hari...'kalau' itu juga la yang menjadi penyedap kata...penyedap hati apatah lagi untuk hati sendiri....
Tuesday, December 6, 2011
Dah lama sangat tak menjengah blog peribadi kesayangan ku ini. Busy sangat dengan kerja tapi terdetik nak menulis lantaran hati yang tidak begitu tenteram. Di mana perginya, entah ke mana seperti Bayangan Ilham...
En. Soulz benar-benar menduga, dah cuba untuk menjauhkan diri namun tetap hati ini memaksa untuk bertahan. Hati tetap berkata 'sabarlah duhai hati, moga ada sinar disebaliknya' dan aku tewas juga.
Is-Sofia : Moga ada hikmah disebalik semua ini kerana jelas dan pasti aku akan tetap menanti dan terus menanti semoga terbuka pintu hati :)
Sunday, July 31, 2011
Here I go again...dah lama rasanya tak merepek kat dalam 'my little black diary' ni...banyak yang jadi dalam hidup aku dalam jangka waktu tak menulis ni. Tentang En. Soul yang takkan pernah hilang dalam fikiran, tentang apek yang menarik perhatian dan tentang Lee Mark Kelly yang mula mencuri perhatian. Tak dinafikan aku cuba menjauhkan diri dengan En. Soul tapi as usual...'semakin aku cuba nak melupakan, semakin kuat di ingatan'...perghhh ayat jiwang gilos ni...
Kerja aku di office berjalan dengan baik dan alhamdulillah, aku bersyukur dengan perancangan tuhan buat ku. Semoga lebih baik dari apa yang pernah aku lalui dan kecapi sebelum ini. Yang penting, fokus, jauhkan perasaan yang tak sihat dan lebih baik biarlah apa yang orang buat pada aku sebab aku tahu, tuhan menguji aku dengan pelbagai cara'.
Is-Sofia: Saya suka LMK kawan apek...weeeee
Monday, July 18, 2011
Monday, July 4, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Friday, June 24, 2011
Tuesday, June 21, 2011
Monday, June 20, 2011
Friday, June 17, 2011
Thursday, June 16, 2011

Wednesday, June 15, 2011
Is-Sofia: Take a good care of yourself En. Soul
Thursday, June 9, 2011
Am I at fault when I fall for you? It has been like 5 years getting to know you and since then I have never stopped from hoping. Hoping that on one fine day you just realized that I like you. Sooner or later, you just got to know that I love you...
I just Like and Love You...
Sunday, June 5, 2011
AIRMATA...
Saturday, March 26, 2011
Wednesday, January 19, 2011
~ Amirul Izham ~
KISAH BENAR IRC...
Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.
Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.
Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan
mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.
Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari
Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.
Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama
Hazlan tidak masuk IRC.
Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul.
Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.
nurheart : Lan...
hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.
nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...
nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?
Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan
tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.
"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "aku tak faham betul. Kenapa Hazlan
dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?
"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja.
aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika.
Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan.
Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.
Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC
malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC.
Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.
hensemboy : Ira...awak marah saya ke?
nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak
macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti
dulu.
nurheart : Kenapa?
hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
nurheart : Awak teruk ke?
hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar.
Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.
nurheart : Maksud awak?
hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.
Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa
takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.
Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita
itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah.
Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam
semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan
cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui
Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.
p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman......AMIN"
Tuesday, January 18, 2011
Power point presentation merangkumi pictures, video and data yang berkenaan...Haish...pening-pening, last2 minute la nak masukkan itu, ini...Nasib baik Dato' lak tak kisah bila ada tambahan dalam slide, walaupun dalam profil mesyuarat xde helaian 'slide' last minute tu...
Apapun, hari ni pengalaman baru aku dalam meeting kat division ni...so, time to time aku kena belajar, tingkatkan prestasi...Cakap pasal tingkatkan prestasi ni, aku tiber2 semalam dapat berita yang amatlah tidak aku gemari, dulu, kini dan selamanya...Apa lagi kalau bukan 'berkursus'...3H2M pula tu...haish...lain la bercuti macam program 3H2M kat TV9 tu...
Permulaan hari yang cukup mencabar buat aku dan semoga hari ini akan berakhir dengan lebih baik dari semalam...Insyallah...
Monday, January 17, 2011
Yang paling aku pelik, tak pernah nak belajar dari kesilapan. Cubalah belajar dari kesilapan, setakat bercakap besar tanpa mampu bekerja atau berkhidmat untuk masyarakat, lebih baik dihentikan. Aku sendiri dah naik muak, nak muntah berbagai-bagai kaler bila melihatkan perangai masing-masing yang tek kena pada tempatnya...
Konon boleh menerima dengan terbuka apa saja kritikan atau pendapat, tapi sayang...Kritik la dengan sekuat hati, berilah pendapat dengan seikhlas mungkin, hanya pandangan penuh kebodohan yang akan kita dapat. Jangan lupa untuk berpijak di bumi nyata, aku bercakap bukan hanya memandang kepada satu parti sebaliknya secara menyeluruh...Amat sukar untuk mendapati orang politik yang benar-benar berjuang atas nama bangsa dan negara...
Buat ahli politik, yang mungkin sudah memasang angan-angan bertanding, menjadi ADUN dan juga MP...Kalau sekadar untuk tembolok sendiri, hentikanlah kerana yang pasti, anak muda remaja tika ini amat sukar untuk memberikan sokongan kepada anda...RAKYAT SENGSARA!!!
Monday, January 3, 2011
Ari ni dah masuk ari ketiga dalam tahun baru dan adik aku tak habis-habis nak menyakitkan ati aku...yang pasti ini lagi menguatkan azam aku nak ada kete sendiri tahun ni...huish...xlarat la nak mengharap orang nak gi kemana-mana sedangkan aku ada lesen sendiri...moga2 dimakbulkan la impian aku tahun ni...Masa kat KL dulu drive sendiri, senang, xperlu nak mengharap pada orang lain...senang idup aku...
Then, 2011 ni nak mencari cinta kot...haha...lawak seyh...tak pernah aku dengar ayah aku cakap macam tu..."jodoh di tangan tuhan, tapi kalau tak cari, mana nak datang jodoh" itu yang ayah aku cakap...gelak guling-guling aku, xdela dpn ayah aku...dalam ati la...bayangan aku...lol...agaknyer ayah aku bagi 'HINT', dengan umur aku yang bakal menjangkau ke angka 31 ni...agkanyer, die dah mula risau kot...
Lain lak ngan aku...adela angan2 tu, tapi tahun ni konon2nya, nak sambung pada 'Master Degree'...bergantung pada simpanan, pd kemampuan memiliki kereta sendiri dan juga faktor-faktor lain...So, boleh la aku simpulkan azam tahun baru ni...Nak ada kereta sendiri, rumah sendiri, sambung Master Degree and nak kuruskan diri...Tercapai atau tak, sama-sama kita doakan...
Aku juga nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan Happy New Year to all...May all your wishes and resolutions on 2011 come true...






















